Bahan-bahan
1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur)
2 1/2 cawan gula castor/halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes
Cara Memasak
1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda.
3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan.
5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis .
3 comments:
Salam.. Saya wakil bg kakak saya ingin bertanya ttg penyediaan kek lapis. Kakak sy ingin meletakkan pelbagai warna bg kek lapis ni. bleh x kalau dia tambah 2 @ 3 warna lagi utk dapatkn kek yg lebih cantik?
w'salam..pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi melayari blog saya. Tentang adunan tu, kakak saudara boleh menggunakan pelbagai warna. Pastikan adunan kek lapis di bahagikan kepada berapa bahagian mengikut warna yang diingini..selamat mencuba...
Post a Comment